Your Magic Blog: Membangkitkan aura Pesona

Thursday, 2 June 2011

Membangkitkan aura Pesona

Aura Pesona itu apa? ia adalah pancaran aura yang membuat seseorang itu kelihatan sangat menarik di mata kita. Tidak kisah bagaimana rupa parasnya, bujur, leper, hidung mancung atau kemek namun dihati yang memandang dia sangat menarik, sangat 'charming'. itulah aura pesona.

Aura pesona ada dua jenis. Pertama aura pesona isian. Ini adalah aura pesona yang 'diisi' oleh 'orang pandai' ke medan aura kita. Kedua aura pesona pembangkitan. Jenis ni pula adalah aura pesona semulajadi yang dibangkitkan dari dalam diri kita dengan amalan tertentu yang kita sendiri kena lakukan.

Tujuan aura pesona pula ada 2 jenis lagi. Pertama untuk tujuan khas, targetnya orang tertentu manakala yang kedua pula targetnya umum atau semua orang. Sebenarnya membangkitkan aura pesona itu sangat mudah jika kita tahu kuncinya, tidak perlu melakukan ritual-ritual berat, tidak perlu mentera-mentera aneh atau azimat-azimat dari bomoh.

Di sini saya akan share ( ijazahkan ) dengan pembaca semua satu kaedah yang sangat simple. Kaedah ini digunakan ketika mandi. Caranya :

1. Mandi seperti biasa dulu pakai sabun, shampoo dll.
2. Bila sudah bersih barulah mulakan mandi aura. Kira ini mandian terakhirlah.
3. Sebelum mandi aura kena tenang dulu. Duduk boleh berdiri pun boleh yang penting anda tenang dan rileks.
4. Kemudian baca Bismillah. Kalau dalam tandas baca dalam hati saja ye.
5. Berniat. Baca dengan mulut secara perlahan dan mantap. " Saya niat bermandikan cahaya alam semesta secara sempurna. Bangkitlah aura pesonaku bersinar terang benderang membuat semua makhluk mengasihi dan menyayangi diriku "...afirmasi/niat ini sudah saya isi energy. Jika anda membacanya maka kesannya akan sangat kuat.
6. Setelah niat, mandi dan ratakan air di seluruh tubuh anda.
7. Selesai...sudahi dengan senyuman. Percayalah, selepas itu anda akan menyaksikan orang  melihat anda dengan 'semacam' hehe. Namun yang pasti semua orang akan mesra dan menyayangi anda.

Semakin sering mandi aura ni diamalkan maka akan semakin kuat daya pesona anda. Boleh juga anda gunakan 7 jenis bunga yang ditabur ke dalam air mandian anda. Ini akan memberikan efek yang lebih kerana ada gelombang aura dari 7 jenis bunga yang sifatnya mengharmonikan aura anda.

Selamat beramal :)

5 comments:

  1. Ntah le tuan... Sejak saya mengamalkannya... Saya rasa seperti sedang diperhatikan jer... Pas tu orang mula bercakap2 dan senyum dengan saya malah saya sering disorong menjadi imam ketika di surau... Memang terasa semacam ada tarikan le...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah,saya pun nak mencuba. Sebab ramai yang kata saya ni sombong, mungkin ini salah satu cara untuk saya perbaiki mana yang kurang dan lebih mesra dgn orang lain selepas ini. Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  3. Ini untuk semua agama ke?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atau pembahagian ilmuNya .izinkan saya mengamalkannya .

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...