Your Magic Blog: Kuasa Minda 4 : Mulakan dari yang kecil.

Friday, 3 June 2011

Kuasa Minda 4 : Mulakan dari yang kecil.

Di sini sy ingin berbagi pengalaman mengamalkan ilmu yg saya share di artikel sebelum ini sebagai pembakar motivasi anda.

Experimen pertama saya ingin mendapatkan RM 2000. Dalam 1 minggu ianya tercapai malah lebih dari jangkaan saya. Apa yang saya niatkan itu terhasil melalui kronology yang menakjubkan. Ini memberi kesan yang besar terhadap keyakinan saya.

Kemudian saya terus set experimen kedua. Kaedah yang sama namun target lebih besar lagi. Pada kali ke 2 ini saya ingin merealisasikan RM 10 000. Alhamdulillah pada 2 minggu pertama sudah tercapai RM 5000, minggu ke 4 sudah mencapai RM 8000. Sukses dalam tempoh 2 bulan mencapai target.

Tidak jarang juga ada keraguan yang datang dalam proses ini. Inilah dugaan-dugaan yang normal dihadapi. Perjuangan kita adalah mengekalkan frekuensi getaran kita agar selalu selari dengan niat kita. Penghalang akan selalu muncul di dalam jiwa kita. Dengan sering bertafakur/meditasi maka anda akan dapat mengesan halangan-halangan ini dan menghapuskannya. 

Membayangkan hajat sudah pun berhasil.
Emosi pun sentiasa bergetar dengan kegembiraan dan kesyukuran seolah hajat itu sudah benar-benar ada.
Seluruh tindakan pun selari, misalnya tidak takut berbelanja dan suka bersedekah.
Diri riang gembira seperti orang yang tiada masalah, yang memiliki kelimpahan rezeki.

Mulakan dari jumlah yang kecil yang mendekati kebiasaan minda anda misalnya RM 1000. Kemudian semakin dinaikkan target itu setiap kali target yang sebelumnya sudah berhasil. Target yang besar secara mendadak agak sukar diterima oleh minda bawah sedar kita oleh itu sukar untuk ia terzahir.

Adakalanya juga, saya ingin jumlah yang saya target itu datang dalam jumlah total. Maksudnya jika saya inginkan RM 10 000, maka RM 10 000 itu saya mahu ia datang bulat-bulat dalam jumlah itu. Hasilnya saya terpaksa menunggu lama, kerana untuk itu perlukan energy yang lebih besar. Oleh itu saya melatih diri untuk pasrah saja. Bagi membantu perkembangan mindset yang benar, saya selalu mengucapkan begini setiap kali lepas latihan visualisasi atau bila sahaja teringat hajat saya,

" Ya Allah, aku sedang bersedia untuk menerima kurniaMu yang kuhajati dari semua pintu, dari semua laluan dan dari semua cara yang Engkau kehendaki yang terbaik bagiku menurut ilmuMu, dan ku ikhlas menerima apa saja jumlah yang Engkau berikan sepanjang proses untuk mencapai hajatku itu "

Doa/afirmasi ini sangat membantu dalam memperbaiki mindset saya dan seterusnya memperbaiki aliran energy yang sedang bekerja ke arah hajat saya. Jika saya set untuk mendapat jumlah yang besar sekaligus, maka secara tidak sedar saya menghalang jumlah-jumlah kecil untuk datang kepada saya. Benar, apa yang kita set secara sedar atau tidak itulah yang kita akan dapat.

" Ud'uni astajiblakum" - berdoalah kepadaku niscaya Aku makbulkan - Firman Allah.

Oleh itu hati-hatilah dengan doa anda, awas ia direspon oleh minda bawah sedar anda. minda bawah sedar kita ini terhubung secara langsung dengan Kesedaran Universal. Setiap doa yang kita lantunkan dengan benar akan direspon oleh minda bawah sedar kita dan ditransfer ke Kesedaran Universal lalu diproses dan dijelmakan dalam kehidupan kita. Untuk memahami perkara ini lebih dalam, haruslah dengan mendalami kerohanian, meningkatkan kesedaran kita.

Itu saja dulu. insyaAllah jika ada ilham akan disambung lagi.
Semoga anda sudah mula memahami dan seterusnya mengambil langkah utk beramal dengan ilmu yang saya telah sampaikan.

Kesuksesan milik anda hanya jika anda menghendaki begitu. 

Salam kedamaian :)






1 comment:

  1. Terima kasih di atas informasi,

    Tengah praktis, cuba dan terus berusaha.

    Insyallah semuanya hanya dari Allah, kita mampu n boleh berusaha asalkan yakin dengan sebenarnya2 akan kuasa ALLAH itu.

    Amin Ya Rabbal Alamin

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...