Salam :)
Inilah ilmu yang di tunggu-tunggu...ilmu yang akan mengubah seluruh aspek hidup anda menjadi lebih baik lagi.
Kita semua mahukan kehebatan, mahu ada 'kuasa' yang boleh mengubah keadaan diri dan hidup kita menjadi lebih baik dari segi dari semua aspek. Kita ingin kaya, ingin berilmu, ingin bahagia dengan pasangan dan keluarga, ingin keselamatan dan sebagainya yang baik.
Berita baiknya adalah, kita dapat dan berkeupayaan untuk merealisasikan apa yang kita hajati itu menjelma menjadi nyata ke dalam kehidupan kita. Dan yang lebih menggembirakan lagi, semua itu dapat kita capai tanpa usaha-usaha yang memenatkan fikiran dan badan kita.
Benarkah kita ada kuasa sebegitu? tidak syirikkah?
Inilah halangan pertama dari sekian banyak halangan-halangan di dalam diri kita yang menyekat 'kuasa' sejati kita muncul iaitu KERAGUAN...ragu ianya syirik, dan kemudian ragu ianya TIDAK JADI...ragu ini muncul akibat kurangnya kefahamn kita. dan kefahaman ini hanya dapat kita perolehi jika kita sudi utk membuka diri kita agar diresapi kefahaman-kefahaman baru yang menyegarkan jiwa.
Kita datang dari Allah, dan kita membawa sifat-sifatNya di dalam diri kita. Kehendak dan Kuasa dalam diri kita adalah percikan Kehendak dan KuasaNya. Jadi secara hakikinya, yang kita gunakan untuk berkehendak dan berkuasa adalah Kehendak dan Kuasanya juga atau pendek katanya Dia jugalah yang sebenarnya Berkehendak dan Berkuasa itu. Bukan siapa-siapa. Inilah Laa ilah illalah...Kenapa hanya sifat Kehendak (Iradat) dan Kuasa (Qudrat) yang kita sentuh di sini? kerana inilah sifat yang yang paling dominan dalam soal penciptaan yang ingin kita lakukan. Kefahaman ini harus diresapi dan dihayati dengan benar barulah jiwa kita merasa bebas dari halangan-halangan yang kita sendiri buat.
Proses mencipta dimulakan dengan satu NIAT yang ikhlas dan kuat. Misalnya anda berniat untuk memiliki wang sebanyak RM 1000. Syarat utama untuk mewujudkan niat anda adalah dengan memikirkan dan merasakan bahawa niat anda itu TELAH pun wujud PADA KETIKA INI. inilah halangan kedua dalam diri kita. fikiran logik kita akan sukar menerima hal ini kerana kita sudah sangat 'expert' meyakini bahawa hajat adalah sesuatu yang perlu muncul pada masa hadapan, misalnya esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan seterusnya.
So cara untuk mengatasi hal ini adalah melalui VISUALISASI. Bayangkan anda telah pun memiliki hajat anda selama 20 minit setiap hari. Biasanya ketika membayangkan kita telah memiliki sesuatu, kita cenderung melihat diri kita sendiri dalam bayangan itu, kita melihat diri dari satu jarak tertentu seperti kita melihat wayang. Cara sebegini kurang mantap. Kita harus menjadi pelaku secara 'live'. Misalnya apabila anda membayangkan anda sedang memiliki wang RM 1000, jangan bayangkan diri anda di 'sana' sedang memegang wang tersebut. Anda harus bayangkan diri anda di 'sini' sedang memegang wang RM 1000 secara live. Bayangkan sejelas dan se'detail' mungkin.
Dalam proses membayangkan itu, aktifkan 'deria batin' anda iaitu sentuhan, pendengaran dan penghiduan anda. Visualkan anda tangan anda sedang menyentuh wang RM 1000 itu. Rasakan ketebalannya, rasakan tekstur wang tersebut, sisinya dan bucu-bucunya yang tajam. Kemudian gesekkan wang-wang tersebut. Jika ana membayangkan RM 1000 ia pastinya adalah sekumpulan wang kertas RM 50 sebanyak 20 lembar atau RM 100 sebanyak 10 lembar. Anda boleh bayangkan sedang mengira wang tersebut dan mendengar bunyi wang kertas tersebut saling bergesek. Kemudian cuba hidu bagaimana baunya. Tujuan semua ini adalah supaya minda kita benar-benar percaya bahawa peristiwa itu BENAR-BENAR SEDANG TERJADI.
Teknik yang saya buat, saya sering meneliti wang kertas RM 50 yang 'real' secara terperinci, melihat betuknya, saiznya, warnanya, imej dan tulisan yang tertera padanya, merasakan teksturnya dengan sentuhan jari medengar bunyinya apabila saling bergesek dengan wang kertas RM 50 yang lain, serta menghidu baunya. Tujuannya adalah supaya memori tersebut melekat di minda saya dan memudahkan latihan visualisasi saya. Poin utamanya, anda harus kreatif dalam latihan visualisasi anda.
Satu pantang ketika kita sedang dalam proses mencipta apapun hajat kita adalah MENGHARAP. Harapan andalah berkaiatan dengan masa depan. Kesedaran tertinggi dalam diri anda tidak akan mewujudkannya untuk anda jika ia berkaitan dengan masa depan. Ia hanya akan berurusan dengan ' present time '. Harapan selalu berpasangan dengan ketakutan. Ketika minda anda sedang berharap, ia juga sebenarnya sedang takut jika harapan itu tidak terlaksana.
Cara yang mudah yang boleh kita lakukan adalah lakukan latihan visualisasi minima 20 minit setiap hari sehinggalah minda super sedar kita benar-benar percaya terhadap apa yang kita visualkan itu dan memberikan respon untuk mewujudkannya.
Proses seterusnya adalah memasukkan elemen emosi ke dalam latihan visualisasi anda. Tanda visualisasi anda kuat dan penuh energy adalah emosi anda akan bangkit. Emosi adalah refleksi daripada fikiran anda, yang memberikan signal sekuat mana energy yang telah dipancarkan oleh fikiran anda. Jika dalam proses membayangkan itu anda tidak beremosi bermakna banyangan anda belum cukup dan energy yang memancar untuk merealisasikan hajat anda masih kurang.
Bagaimana untuk menambah energy visualisasi agar kuat dan semakin kuat? Caranya adalah dengan membanyangkan hajat anda secara ' pakej '. Misalnya jika anda membayangkan sedang memiliki wang RM 1000 ringgit, tidak cukup hanya jika anda membayangkan, merasakan, mendengar, dan menghidu wang tersebut. Anda juga perlu membayangkan apa efeknya terhadap kehidupan anda secara menyeluruh. Bagaimana hajat itu akan memberi pengaruh kepada keyakinan anda? kerjaya anda? orang-orang dikeliling anda? keadaan ekonomi anda? dan lain-lain lagi... Be crative, dan anda akan merasakan emosi-emosi positif seperti gembira, syukur, semangat dan lain-lain lagi akan meningkta dengan cepat dan dengan itu impian anda akan semakin cepat untuk terwujud. Kuatkan lagi energy anda dengan mengucapkan di dalam hati anda seprti ini misalnya, " saya sedang benar-benar memliki wang RM 1000 ringgit ini...alhamdulillah, terima kasih ya Allah "
Apa yang anda lihat di dalam bayangan anda, itulah yang anda akan perolehi. Anda hanya perlu membayangkan hasil akhir daripada hajat anda itu. Usah pedulikan tentang prosesnya. Tentang itu serahkan sepenuhnya kepada Allah. Hajat anda akan terwujud melalui mekanisme alam yang kita kenal sebagai sunnatullah.
Anda harus ikhlas dalam niat anda. Bermakna tetap teguh walaupun ada godaan. Jangan mudah mengubah niat anda. Pertahankan niat itu sehingga ia terwujud ke alam nyata.
Dalam pemerhatian saya, proses menuju perwujudan hajat kita ada 2 tahap. Mulanya akan muncul idea-idea di dalam minda kita. Kemudian datang pula peluang-peluang yang nyata dalam kehidupan kita yang menjadi batu loncatan ke arah merealisasikan impian-impian kita itu. So kita harus peka dengan peluang-peluang yang muncul itu. Rebut setiap peluang itu, jangan ragu dan jangan malas. Allah akan mendatangkan manusia-manusia untuk menolong anda, serta peristiwa-peristiwa yang memudahkan laluan anda.
Itu saja dulu. Tulisan-tulisan saya berkenan proses penciptaan ini akan menyusul lagi nanti.
Ubahlah hidup anda ke arah yang lebih baik. Semuanya bermula dari dalam minda anda.
salam kasih dan sayang :)
Assalam Tn Paranorms,
ReplyDeleteTerima Kasih di atas informasi yang tn coretkan dan saya yakin sangat dan pasti " di mana ada kemahuan di situ terdapat jalan yang tak di sangka2 dan senantiasalah kita muhasabah dan yakin pada Allah juga yang Maha dalam Segala2nya. Insyallah akan cuba praktiskan dengan keyakian yang penuh terhadap TuhanKU (Allah).
Saya doakan agar sentiasa di berikan Rahmat dan Anugerah dari Allah buat tn paranorms serta keluarga. Amin
Terima kasih tuan cyber sbb bagi linknya, baru baca dari forum tadi.
Deleteand pada master paranorm jugak kerana tulisan yang banyak membantu dan memberi jalan kpd kami silent2 reader yang bekeliaran behamburan di forum mengutip ilmu ilmu yang sudah betahun2 ditulis tapi baru tahun ni ada rezeki terjumpa. Alhamdulillah!!
terimas kasih tn...slmt sukses :)
ReplyDeleteAgaknya beginalah yang berlaku pada orang2 alim berjalan tanpa wang tapi berwang...
ReplyDelete