Begitu byknya kelebihan kita manusia sehingga Allah sebagai pencipta seluruh alam mengiktiraf kita sebagai 'ahsani taqwim' iaitu sebaik-baik kejadian, bahkan mengalahkan malaikat sekalipun. alangkah ruginya kita yg asyik mengkaji perkara-perkara yg berada di luar diri kita dan mengabaikan utk mengkaji aspek-aspek dalaman kita yg membuat kita diktiraf oleh Tuhan sendiri sebagai sebaik-baik ciptaanNya.
mengkaji diri kita akan membawa kita semakin mengenal diri, alam dan tuhan. minda bawah sedar, atau sub-concious mind adalah satu kelebihan manusia yang sangat hebat. kemampuan mengembangkan kebolehan minda bawah sedar inilah yg akan membezakan perncapaian-pencapaian setiap peribadi dalam semua aspek diri dan kehidupan, dunia dan akhirat.
minda sedar dan minda bawah sedar adalah 2 tahap kemampuan jiwa manusia. sedangkan minda super sedar adalah kemampuan ruh manusia yg sumber kekuatannya adalah langsung terhubung dgn kekuatan yg menyelubungi dan mengatur alam ini.
langkah pertama, anda harus yakin bahawa anda memiliki minda bawah sedar. kalau belum yakin maka sy akan bagi anda yakin dengan info-info yg sy ketahui.
manusia ada otak kiri dan kanan...ini mmg betul. saya yakin anda tahu hal ini. otak kiri pola berfikirnya adalah berdasarkan logik dan analitikal. sedangkan otak kanan pola fikirnya adalah rawak, bebas dan berdasarkan rasa dan naluri. otak kiri adalah bahagian yang dikenal sebagai minda sedar, sedangkan otak kanan adalah yg memprojekkan minda bawah sedar.
jika anda menggunakan daya cipta, atau daya imajinasi, maka sbnrnya anda sdg menggunakan minda bwh sedar anda. namun penggunaan kuasa imajinasi itu masih krg mencukupi...utk apa? utk mempengaruhi alam sekeliling, utk mewujudkan impian-impian anda.
tahukah anda bahawa semua ciptaan tercipta sebanyak 2 kali? pertama ia dicipta di dalam ilmu, dan kemudian ia dicipta di alam nyata. manusia sendiri adalah mulanya hanyalah wujud dalam ilmu Allah, sebagai prototaip2 mantap yg dikenal sbg 'ayan atsabithah'... manusia dan seluruh alam wujud di dalam pengetahuan Allah secara detail. ini yg dikenal sbg peringkat wahdaniyah. pada peringkat inilah diarahkan perintah " KUN ", lalu terwujudlah semuanya ke alam zahir mengikut qadak dan qadar masing-masing di dalam ilmu Allah.
begitu juga seluruh 'ciptaan' manusia. lihatlah di sekeliling anda, semua yg dihasilkan oleh manusia adalah pada mulanya hanya wujud di dalam ilmu manusia, di dalam imajinasi minda bwh sedar manusia. setelah semua terbentuk secara detail di dalam minda, barulah ia terlaksana di dalam alam nyata. cuba fikirkan, manusia juga adalah pencipta dalam batas tertentu.
lihatlah bangunan-bangunan besar di kota-kota raya, rumah-rumah banglo, kereta-kereta, kapal terbang,dan apa saja yg 'dicipta' oleh manusia bermula dari minda. idea ttg objek yg ingin dicipta oleh manusia, misalnya kereta, mulanya hanya berada di layar batin si penciptanya. semakin lama idea itu semakin jelas. bentuknya, warnanya, dll. pada tahap ini sebenarnya objek-objek tersebut sudah wujud secara energi di dimensi ke-4. kemudian dilukiskan di atas kertas. maka kereta itu sdh wujud di alam 2 dimensi. kemudian melalui proses-proses tertentu, tidak lama kemudian wujudlah kereta itu di alam nyata, alam 3 dimensi yg blh dilihat, disentuh,dan didengar.
intinya adalah, semua yg mengambil wujud di alam nyata, ianya pada mulanya hanyalah wujud di alam ghaib, di alam energy, alam getaran, atau apapun namanya yg anda kenali. ketika anda inginkan sesuatu, misalnya mahu makan, maka pada awalnya 'makanan' itu hanya berada di alam imajinasi, dalam niat anda. kemudian ketika keinginan itu kuat dan tanpa halangan, maka diri anda dan alam akan teratur secara sinkron mewujudkan 'makanan' itu.
dalam soal mewujudkan ini, mekanisme alam sgt unik. bukanlah bermakna tiba makanan itu jatuh dari langit terus ke riba anda. tetapi ia melalui proses2 penciptaan. misalnya tubuh anda digerakkan pergi kedai membeli makanan yg tergambar dlm layar batin anda, atau tubuh anda bergerak menuju ke dapur utk memasak makanan tersebut, atau kalau secara magik sedikit, tiba2 ada kwn yg telefon dan bawa belanja makan tanpa anda sangka, dan makanan anda makan adalah sama dgn yg anda bayangkan tadi di layar batin anda. mekanisme alam memilih caranya sendiri utk mewujudkan impian-impian anda.
mekanisme alam sering mewujudkan hajat-hajat kita dalam cara yang alami, yg sdh terbiasa oleh anda dan anda anggap itu sbg perkara yg tidak ada apapa keajaiban apapa. jika anda renung kembali, sbnrnya setiap hari anda 'mencipta'. anda mewujudkan dan menjelmakan objek-objek yg ada di fikiran anda ke alam realiti...tidakkah itu ajaib?
cubalah kenang-kenangkan, sudah berapa kali keajaiban ini terjadi dalam hidup anda? anda mendapat benda yg anda baru saja bygkan...atau anda tiba2 bertemu dgn org yg baru saja anda ingat.
alam ini adalah satu wujud yg bercantum...objek-objek alam hanyalah dipisahkan oleh fikiran kita, dibatasi oleh persepsi kita.jika anda masuk ke alam keheningan maka anda akan meihat bahawa alam ini adalah satu wujud yg tidak pernah terpisah... tak percaya??? semua objek alam adalah terbina dari susunan atom-atom. so semuanya adalah atom yg berbeza mampatannya. so alam ini pada satu frekuensi hanyalah atom2 saja, yg isinya adalah subatom, elektron, proton dan neutron yg sentiasa melakukan aktiviti 'charge and park', aktiviti energy yg hanya dpt dilihat pada satu tahap kesedaran ilmu yg tertentu. aktiviti energy ini dijelaskan dalam alquran spt berikut :
“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan sebagaimana jalannya awan” (An naml : 88).
ayat ini menjelaskan aktiviti energy yg sentiasa aktif di dalam atom-atom gunung...gunung itu dilihat oleh mata kasar sebagai kaku, namun di dalam atom-atom yg membentuk gunung itu sentiasa terjadi aktiviti yg sgt aktif...Alquran sdh mengkabarkan ttg peristiwa energy sejak dari dulu...dan manusia baru saja menemui teorinya...masyaAllah!
so apa kaitannya dgn mind power??? ini teori ilmiah sekaligus spiritual utk memahamkan org yg tidak percaya bahawa fikiran kita tidak mampu memberi pengaruh kpd alam sekeliling sbb fikiran tidak tersambung kpd alam. kalau badan mmg blh dipengaruhi oleh fikiran sbb ada sambungan saraf-saraf daro otak ke seluruh sistem tubuh. tapi dgn alam, mcm mana pula fikiran blh mempengaruhi alam sdgkan fikiran tidak ada sambungan saraf ke seluruh alam??? inilah sbbnya, fikiran adalah satu bentuk gelombang energy, dan seluruh alam juga rupanya adalah satu wujud energy yg sgt luas. energy fikiran dan energy-energy alam adalah saling bersambung dan saling dapat memberi pengaruh antara satu sama lain.
ketika handphone anda berdering, anda bertelefon saja atau bersms saja, tnpa memikirkan bahawa sbnrnya itulah bukti nyata peristiwa gelombang energy. gelombang dr hp si pemanggil diterima oleh pemancar syarikat telekomunikasi anda lalu dipancarkan juga dalam bentuk gelombang energy ke hp anda. tiada wayar, tiada tali atau apapa penghubung, hanya semata-mata gelombang enrgy. takkan la jin yg sampaikan isyarat-isyarat dr satu hp ke hp lain kan hehe
mengenal alam energy, adalah satu titik permulaan yang sangat baik utk mengenali diri, alam dan tuhan dengan lebih baik lagi :)
Labels
- Wanita & Cinta Kasih (1)
- acupineology (1)
- kejayaan (1)
- kekayaan (1)
- mind power (1)
- sukses (1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAHAGIA DAN BERLIMPAH
BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...
-
TANDA-TANDA MATA KE 3 ANDA TELAH TERBUKA Salam penuh cinta buat semua pembaca budiman _/||\_ Mata Ke-3 (MK3) adalah su...
-
Salam damai buat semua pembaca yang budiman... Saya ingin berkongsi ilmu melalui tulisan ini iaitu bagaimana untuk kita mengakses Ene...
-
Salam :) Sebenarnya posting ini sudah sedia beberapa bulan lepas. Namun tidak ada daya ilham yang mendorong saya untuk menerbitkannya sehin...
No comments:
Post a Comment