Entah mengapa dalam kehidupan setiap manusia selalu sangat mudah berfikir negatif berbanding positif. Mungkin itulah lumrah manusia. Fikiran-fikiran negatif selalu lebih kuat berbanding fikiran-fikiran positif.
Hukum Law Of Attraction menyatakan bahawa apa yang kita fokuskan dengan fikiran kita itulah yang akan datang kepada kita. Apa yang sering kita bayangkan di fikiran kita itulah yang akan kita perolehi atau alami. Emosi kita akan menjadi pengukur berapa kuat energy yang dipancarkan oleh fikiran-fikiran kita. Semakin kuat emosi yang mucul bermakna semakin kuatlah energy yang fikiran kita sedang pancarkan dan ini bermakna semakin mudah bayangan-bayangan fi fikiran kita menjadi nyata.
Cuba perhatikan batul-betul, jika kita berfikir tentang impian-impian baik, selalu dirinngi dengan perasaan ragu, tidak mampu dan mustahil dan ini disahkan dengan ucapan-ucapan seperti, " Ah mustahil lah aku boleh dapat itu", " Alah susahnya mau dapat itu ", " Hmm, bilalah aku dapat mencapai itu ", dan lain-lain lagi kata-kata negatif yang menjadi cermin jiwa kita yang sedang negatif..
Tetapi...apabila muncul fikiran negatif, dengan sangat mudahnya ia diproses menjadi Law Of Attraction. Paling mudah dan semua orang alami adalah bekenaan duit. Contoh situasi paling mudah adalah apabila kita mendapat wang misalnya RM 1000. Selalunya bukan syukur dulu yang muncul di fikiran kita. Kita akan lebih dulu terbayang ke mana saja wang itu akan mengalir. Terbayang wang di habiskan untuk membayar rumah, kereta, bil elektrik, air, bayar hutang dan lain-lain. Malah terbanyang di fikiran wang tersebut tidak mencukupi untuk keperluan dan pastinya situasi ini menghasilkan emosi-emosi negatif yang kuat seolah-olah apa yang kita bayangkan itu sedang benar-benar terjadi tanpa ada keraguan sedikit pun. Ucapan-ucapan negatif pun meluncur dengan lancar seperti, " Ah, susahnya nak hidup kalau begini ", " Aduh habisalah tak dapatdapat nak bayar hutang si A ", " Alamak matilah aku. Sialnya hidupku ".
Mari kita nilai diri kita. Mengapa keadaan hidup kita ada saja benda malang. Jawapannya adalah kita sendiri yang menciptakan keadaan-keadaan dalam kehidupan kita melalui fikiran-fikiran kita.
Fikiran menghasilkan emosi,
Emosi menghasilkan sikap,
Sikap menghasilkan kehidupan.
Oleh itu mari sama-sama kita belajar memperbaiki kehidupan kita dimulai dengan memperbaiki fikiran-fikiran kita.
Salam kasih dan sayang :)
Labels
- Wanita & Cinta Kasih (1)
- acupineology (1)
- kejayaan (1)
- kekayaan (1)
- mind power (1)
- sukses (1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAHAGIA DAN BERLIMPAH
BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...
-
TANDA-TANDA MATA KE 3 ANDA TELAH TERBUKA Salam penuh cinta buat semua pembaca budiman _/||\_ Mata Ke-3 (MK3) adalah su...
-
Salam damai buat semua pembaca yang budiman... Saya ingin berkongsi ilmu melalui tulisan ini iaitu bagaimana untuk kita mengakses Ene...
-
Salam :) Sebenarnya posting ini sudah sedia beberapa bulan lepas. Namun tidak ada daya ilham yang mendorong saya untuk menerbitkannya sehin...
Insyallah,
ReplyDeleteTerima Kasih Tn Paranorms, banyaknya ilmu yang telah dikau berikan, sentiasa meneliti dan memperbaiki diri supaya lebih banyak positif dan lebih banyak keyakinan agar timbulnya semangat baru yang bernyala dan bagaikan letupan kuat. Hanya Allah sahaja yang tau.... :)
Terimakasih
ReplyDelete