Salam :)
Pada artikel kali ini saya ingin berbagi tentang empowerment iaitu kaedah untuk meningkatkan kekuatan minda. Kalau dari tajuk nya 'meningkatkan kekuatan batin' mungkin ada yang salah faham. Tidak sama ya antara 'kekuatan batin' dan 'tenaga batin' hehe...Kalau istilah 'tenaga batin' umumnya masyarakat kita memahaminya sebagai keupayaan seksual.
Ramai orang mempelajari ilmu-ilmu mengolah energy seperti sin ilahi, reiki, kundalini, tenaga dalam, gtummo, ilmu-ilmu kebatinan dan lain-lain sebagainya kerana tertarik dengan kehebatan-kehebatan yang dihasilkan oleh ilmu-ilmu tersebut. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa kekuatan yang sebenar adalah DIRI kita sendiri. Ya benar, kekuatan yang sebenar adalah diri kita sendiri.
Ketajaman daya fokus dan kejernihan visualisasi/pembayangan minda kita itulah kekuatan batin kita atau istilah modennya kekuatan minda. Mempelajari dan melatih apapa ilmu kebatinan-spiritual akan mengasah ketajaman fokus serta kejernihan visualisasi kita.
Dalam islam, proses melatih kekuatan batin model sebegini juga lengkap malahan lebih advance lagi. Mengapa saya katakan lebih lengkap? Kalau anda belajar ilmu-ilmu seperti di atas, memang meningkatkan daya fokus dan visualisasi. Tetapi ada part yang kurang iaitu kekuatan rohani. Apa pula kekuatan rohani itu? Keyakinan dan kepasrahan terhadap Kuasa Yang Maha besar. So dalam agama kita, daya fokus serta daya visualisasi dilatih melalui zikir-zikir yang diterapkan dalam semua ibadat manakala keyakinan dan kepasrahan dilatih melalui penghayatan terhadap tauhid mengesakan Allah Maha Agung.
Melalui solat yang khusyuk, solat yang khusyuk ya bukan yang asal solat sahaja, maka kekuatan batin dan kekuatan rohani dilatih dengan begitu hebat sekali. Daya fokus, daya visualisasi, daya keyakinan dan daya kepasrahan dilatih secara serentak dan menyeluruh. Kekuatan mental dan kekuatan rohani ini akan sangat bermanfaat untuk anda dalam kerja-kerja materialisasi ( perwujudan hajat ) seperti yang saya huraikan dalam artikel-artikel lepas.
Jadi singkatnya, untuk melatih kekuatan batin/minda kita sangat baik dengan belajar dan melatih ilmu-ilmu energy seperti sin ilahi, reiki, tenaga dalam, kundalini dan lain-lain lagi. Mempelajari ilmu-ilmu energy banyak juga kebaikan lain selain melatih kekuatan batin kita. Bagi yang berminat untuk melatih kekuatan minda dan sekaligus kekuatan rohaninya adalah terbaik dengan solat yang khusyuk. Jika anda mahu percaya, semua suruhan-suruhan agama adalah untuk kebaikan anda sendiri bukan untuk menyusahkan anda.
Believe me!
Selamat melatih kekuatan yang ada di dalam diri anda.
Salam kasih dan sayang :)
Alhamdulillah,
ReplyDeleteSemakin bersemangat, Insyallah think positif become more positif.... :)
Insyaallah akan dipertingkatkan usaha...
ReplyDelete