Your Magic Blog: Dosa Mengotori Laluan Impian

Tuesday, 7 June 2011

Dosa Mengotori Laluan Impian

Salam :)

Artikel pada kali ini masih juga berkenaan impian-impian dan pada kali ini kita akan melihat mengapa amalan istighfar sangat-sangat ditekankan agar sentiasa diamalkan dalam kehidupan seharian seorang muslim. Sangat banyak ayat Quran dan Hadis Nabi SAW yang menyentuh tentang Istighfar. Sebagai seorang yang beriman, maka kita selayaknya memiliki satu sikap " sami'na wa atho'na " iaitu " kami dengar dan kami patuh " tanpa banyak soal kerana kefahaman akan datang selepas iman.

Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Setelah diamalkan dengan iman, maka barulah hadir kefahaman-kefahaman mengenainya. 

Ok sekarang mari kita kaji kesan istighfar terhadap jiwa dan seterusnya medan energy kita. Perbuatan-perbuatan dosa menimbulkan kesan terhadap jiwa kita seperti rasa bersalah, rasa rendah diri, rasa hina, rasa tidak berguna dan lain-lain lagi. Betul kan? Jika anda telah memahami apa yang saya sampaikan pada artikel-artikel sebelum ini maka anda akan faham bahawa jiwa adalah pusat  getaran energy yang akan menarik perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa ke dalam kehidupan kita. 

Jika jiwa anda negatif ( fikiran dan perasaa ) maka anda akan memancarkan energy negatif yang akan menarik pula hal-hal dan peristiwa-peristiwa negatif ke dalam kehidupan anda. Begitulah dengan perbuatan-perbuatan dosa. Ia memberi kesan negatif kepada jiwa anda. Jika tidak segera dibersihkan maka getaran negatif di jiwa anda itu akan bertahan lama dan semakin kuat dan akhirnya menjadi satu trauma, iaitu himpunan energy negatif yang sangat kuat dan terlalu melekat di dalam jiwa anda. Inilah yang menarik kesialan-kesialan ke dalam kehidupan anda. Kemanapun anda pergi kesialan akan selalu mengikuti anda kerana ada magnetnya di dalam diri anda yang berupa gumpalan energy negatif dari dosa-dosa anda.

Perbuatan menghasilkan kesan terhadap jiwa ( fikiran dan perasaan,
Jiwa memberi kesan terhadap getaran energy,
dan getaran energy pula akan memberi kesan terhadap kehidupan samada negatif atau postif.

Oleh kerana itu kita harus selalu berbuat baik semampu qudrat kita agar perbuatan-perbuatan baik itu memberi impak yang baik terhadap jiwa kita dan setersusnya menjalari medan enrgy kita yang akan menarik perkara-perkara negatif ke dalam kehidupan kita. 

Namun sebagai manusia, berbuat dosa atau kesilapan adalah sesuatu yang fitrah selagi kita bernama manusia. Sebab itu Allah dan rasulNya memberikan satu solusi pencerahan iaitu dengan ISTIGHFAR. Cucilah jiwa anda dengan istighfar, Amalkan istighfar selalu agar jiwa kita sentiasa lapang dan harmoni serta sentiasa memancarkan getaran-getaran positif ke alam sekeliling.

Cuba renung jiwa anda sekarang. Ada berapa banyak perasaan-perasaan bersalah yang anda bawa selama hidup anda ini. Perasaan-perasaan bersalah itu akan sentiasa menarik lebih banyak lagi perasaan-perasaan bersalah yang baru ke dalam jiwa anda. Anda akan selalu didorong untuk berbuat dosa dan silap dan perasaan bersalah akan semakin menumpuk ke dalam jiwa anda dan akan menjadi pemancar getaran negatif yang tegar dan menjadi penarik kesialan yang tegar pula. Bukan saja diri anda yang menerima kesan buruknya malahan semua orang yang anda kasihi disekeliling anda. Sebab itulah jika selama ini hidup anda terasa malang dan sial, jangan pergi ke mana-mana dan menyalahkan sesiapa tapi kembalilah ke dalam diri anda. Di situlah puncanya dan harus segera anda selesaikan.

Semua manusia tidak kira agama, bangsa dan usia pastinya terikat dengan ketentuan ini iaitu perbuatan memberi impak kepada jiwa. Kesedaran suci di dalam diri setiap manusia pasti akan menolak apapa perbuatan dosa oleh itu tiada siapapun yang akan lepas dari perasaan berdosa, perasan bersalah, rendah diri dan sejenisnya selepas berbuat dosa. Maka siapapun anda, lakukanlah pembersihan jiwa dengan segera mengikut ajaran agama dan keyakinan anda. Usah biarkan hidup anda ditimpa kesialan demi kesialan kerana anda tidak berusaha untuk mencuci jiwa anda. 

Sekali lagi,mari kita bersama sentiasa berusaha membersihkan jiwa kita agar selalu memancarkan energy-energy positif yang indah dan terang dan seterusnya menarik keindahan demi keindahan, keberuntungan demi keberuntungan, kegembiraan demi kegembiraan dan segala macam kebaikan ke dalam kehidupan kita. Hidup ini hanya sekali. Kita tiada waktu untuk bersedih. Kita hanya ingin gembira dan bahagia selalu.

Selamat sukses untuk anda semua.

Salam kasih dan sayang :)

4 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Paranorms,

    Alhamdulillah n Syukur sangat2 pada Allah kerana taufik dah hidayah dan limpahan kasih sayang Allah pada kita semua sebagai hambaNya. Semoga dengan entri yang baru ini bakal merubah hati2 yang dapat membaca dan menangkap apa maksud yang tersirat dan tersurat ini. Insyallah yakin pada Allah selalu :)

    ReplyDelete
  2. wslm tn cyber00 :)

    terimas kasih atas komen tn. Mudah-mudahan semakin ramai yang melihat bahawa spiritual itu sgt mudah dan hidup ini sangat indah :)

    ReplyDelete
  3. Terkadang hati ini agak sukar dididik... Adakalanya ia begitu mudah tersentuh... Namun apa yang saya perasan... Bila saya di dalam keadaan negatif cepat betul efek negatif tu terhasil... Nampaknya kena kekal momentom positif jer dalam diri agar efek tu hanya yang positif jer...

    ReplyDelete
  4. omera : hati2 bagi kita yg bljr ilmu energy/spiritual kerana energy akan cepat sgt meluncur kepada apa yg dibygkan x kira itu negatif atau positif lalu menjadikannya realiti.

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...