Salam... hi :)
Hari jumaat kita sering diberi pesan oleh para ustaz untuk membanyakkan selawat ke atas nabi junjungan. Selawat kepada nabi sangat banyak fadhilatnya. Namun masih juga kita sering lalai mengamalkannya.
Sabda Rasullah SAW:
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali.
(Hadis Riwayat Muslim.)
Sebegitu sekali hebatnya selawat sehingga Allah sendiri akan berselawat kepada sesiapa yang berselawat kepada nabi junjungan. Bukan hanya sekali tapi 10 kali ! Tiada amalan lain yang boleh membuat Allah berselawat kepada kita selain yang ini. Cuba bayangkan, apa agaknya kesannya apabila Allah sendiri yang berselawat kepada anda. Perkara ini juga perlukan iman untuk menghayatinya.
Dari zaman permulaan islam sehinggalah ke zaman kita, sudah bertrillion kali selawat ke atas nabi junjungan dilantunkan oleh seluruh umat islam di seluruh generasi. Itu bermakna betapa sudah dahsyatnya medan energy selawat yang sudah terkumpul di alam ini dan medan energy ini akan menyentuh sesiapa saja yang berselawat kepada nabi junjungan dengan penghayatan yang ikhlas dengan seluruh keberkatannya.
Sebuah keberkatan akan memberi erti yang besar kepada diri anda dan kehidupan anda. Keberkatan akan membuat jiwa anda dipenuhi nuansa yang positif yang penuh kekuatan ilahi. Daya positif ilahiah yang kuat di dalam jiwa anda itu akan menarik kebaikan yang melimpah ke dalam hidup anda.
Kunci kebahagiaan dan kesuksesan adalah jiwa yang positif. Tidak mungkin bahkan mustahil anda akan bahagia dan sukses kalau jiwa anda negatif. Selawat ke atas nabi junjungan akan membuat jiwa anda positif bermula dari akar jiwa anda lalu kepositifan itu akan menyebar ke seluruh sikap, tindakan dan seterusnya seluruh aspek hidup anda. Anda akan mendapati betapa mudahnya dan batapa mulusnya perjalanan hidup anda. Akan ada saja kemudahan demi kemudahan yang datang dalam urusan-urusan anda. Apabila jiwa anda dekat dengan Allah, maka anda hanya perlu berniat untuk mendapat sesuatu lalu semuanya akan dimudahkan untuk anda. So jangan tunggu lama-lama, mendekatlah segera kepada Allah dengan seluruh kesedaran anda melalui amalan-amalan yang baik maka anda akan segera merasakan apa yang saya katakan ini.
Allah berfirman melalui Al quran dan hadis-hadis qudsi, dan nabi junjungan pula bersabda melalui hadis-hadis baginda. Kita tinggal mengamalkan sahaja dan membuktikan kebenaran daripada apa yang disampaikan itu. Beramallah segera dan buktikanlah sendiri bahawa,
" Sodaqollahul 'Adziim " iaitu " Maha benarlah Allah ( setiap kata dan janjiNya ) Yang Maha Agung "
Selamat beramal dan selamat mencapai kesuksesan.
Salam kasih dan sayang :)
Allahumma Sali Ala Saidina Muhammad, Wa Ala Alihi Wasahbihi Wasalim.
ReplyDeleteSaya pernah mendengar sebuah cerita yang seorang perawat telah merawat pesakit hanya dengan kaedah selawat saja...
ReplyDeleteAlhamdulillah, teruskan berselawat dan mengingatiNYA membuatkan kita bahagia dunia dan akhirat. Amin
ReplyDelete