saya membuat blog ini sbg satu sarana utk menulis idea-idea, buah fikiran, inspirasi atau apa saja namanya yang baik untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang membacanya.
tujuan utamanya adalah utk membina diri dan kehidupan kita menjadi lebih baik dari masa ke semasa. saya percaya bahawa untuk memperbaiki diri dan kehidupan kita ke arah status yg lebih baik semuanya perlu dimulakan dari dalam, iaitu jiwa/hati/minda/mentaliti kita. sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
hati yg baik menghasilkan getaran yg positif yg membuat jaringan-jaringan tubuh kita sihat dan memancarkan pula aura-aura yg positif ke luar lingkungan kita yg seterusnya menarik perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa positif ke dalam kehidupan kita :)
No comments:
Post a Comment